Diamlah PH, diamlah Anwar, Kit Siang, Koo Ham, Led, dan diamlah Faiz Fadhil serta rakan² ph sekandang. Diamlah kalian buat waktu kritikal ini. Kalian berbunyi bukan berdoa kebaikan tetapi seperti mengundang petaka sahaja. Tahulah MOF dan PN mengurus negara. Kerajaan Gagalkrasi boleh sahaja mencadang, tetapi kalian bukan kerajaan. 22 bulan ialah bukti yang gagal.
Ada sahaja yang tidak kena bagi kalian, di buat orang kebaikan kepada rakyat masih di pertikai. Bonus pekerja ialah bantuan untuk sesuap nasi di bandingkan kamu si apek kopitiam kaya melana RM 80 juta, kedekut amat berkira. Memanglah berhati serigala, tahunya melapah bangsa Melayu sahaja.
Pasca Covid 19 bukanlah melegakan, malah Great recession bakal melanda dunia. Di anggarkan kerugian bursa dunia akibat Covid ialah USD 200 trilion. Seluruh dunia terasa kean petaka Covid19.
Pendapatan utama negara ialah dari minyak telah jatuh kepada Usd 27/tong dan di jangka akan merosot terus ke angka Usd 20/tong. Minyak merupakan sumber utama pendapatan negara. Kesan ekonomi akan meleset.
Inilah perkara subjek yang perlu di tumpukan oleh kerajaan selepas Covid. Kalian hanya tahu “melangau” bukannya menjadi pembangkang yang dinamik kepada negara. Ada menyusahkan, tiada di syukuri. Wujudnya masyarakat yang kelabu minda, munafik dan chauvinist menjadikan kalian masih wujud. Habitat ini biasanya mendiami lohong² tidak subur kesedaran agama, rasis, chauvinist, liberal dan sewaktu dengannya.
Kalian lihatlah Singapura yang terlalu bergantung dengan ekonomi Cukai perniagaan syarikat luar dan pelabuhan, selepas fasa Covid, Singa akan hilang taring. Sekarang terketar-ketar demam.
Lihatlah Indonesia, Jokowi tidak mampu Lockdown 300juta penduduknya. India dengan 1.3bilion penduduk tidak berbuat apa² dan mana² negara berada dalam zon perang. Begitu rencam dgn pelbagai masalah. Masalah ekonomi berbentuk global.
Malaysia telah mengambil tindakan proaktif dengan tumpuan pemulihan dari bawah terlebih dahulu. Malaysia beruntung kerana pendapatannya dari berbagai aktiviti ekonomi, biarpun perlahan masih memulih. Bagaimana negara lain yang di sebutkan?
Rizab BNM RM433 b, jika di biarkan PH meraja tempohari, pastinya akan terhakis dek MOF yang tidak kredible. Tahunya buat hutang dan jual perbendaharaan. Itu yang kalian sebutkan Membangunkan semula Malaysia. Musang menjaga kandang ayam!
Kita bimbang selain hutang, sukuk dan bond dengan Jepun dan China, di takdirkan PM tepi dan PH yang mentadbir negara hari ini, bertambahlah hutang dengan Bank Dunia atau Tabung Matawang Antarabangsa (IMF). Pengalaman lama sebagai bukti.
Malaysia tidak perlu berhutang lagi, sedangkan sebagai contoh Pakej Prihatin PN sudah memadai menghadapi kegusaran ekonomi. Suntikan awal Prihatin kepada kumpulan sasaran ialah bersifat merakyat sedikit sebanyak melegakan kumpulan rakyat terbanyak (Mikroekonomi).
Justeru kumpulan Gagalkrasi sewajarnya diam bermuhasabah, PH perlu lebih bimbangkan 4 – 6 Dun di Negeri Sembilan, 2 -3 Dun di Johor dan 2 – 3 di Kedah bakal membebaskan diri dari lembah Ph. Itu lebih penting buat Ph bagi menjamin survival Pru 15.
Merentasi sisi gelap PH selama 22 bulan Makcik Kiah yang mengalami potongan Brim sangat resah dan berdoa siang malam agar kerajaan Faiz Fadhil itu segera di rebahkan. Anak menantu yang baru mengundi PH dek kerana janji potongan bayaran pinjaman Ptptn, menyesal menumbuk angin. Umpama si kudung di janjikan cincin dan gelang. Si lumpuh hendak merantau… Sia² belaka.
Kata Faiz Fadhil pemberian wang one off ialah tindakan klise… Benarlah… Seperti pemberian E wallet RM30/=, bangga riak menggunung. Pisang goreng Makcik Kiah bolehlah. Bagai Si Buyung julung berkeris, upik julung bersubang… Padahal semua itu mimpi semata. (Orang sombong kerana baru berduit). Bandingkan saja RM30/= dengan Prihatin RM1,600/=. Faham duduk situ dulu Faiz. Nak membantu biar berbekas!.
Begitulah orang yang kecewa, gelegar buluh, gendang kosong. Orang angkuh, banyak cakapnya, isi nan kosong.
Tn Ismet GS
MAMPUCentre
31032020