Zikir.

Tazkirah Satu Minit

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّه وبرکاته

TIGA BAHAGIAN ZIKIR

  1. Zikir itu ada tiga bahagian. Pertama untuk Allah SWT, kedua untuk Nabi Muhammad SAW dan ketiga untuk diri kita sendiri.
  2. Zikir untuk Allah antaranya ialah Subhanallah, Alhamdulillah, LailahaillaLlah dan Allahu Akbar.
  3. Zikir untuk Nabi SAW pula ialah Berselawat kepada Baginda.
  4. Manakala zikir untuk diri sendiri ialah Beristighfar.
  5. Kesemua zikir tersebut jika diamalkan faedahnya akan kembali kepada diri kita sendiri.